Cart 0

Polisi Jaminan Kepuasan Pelanggan

1 Setiap pembelian dari pengguna PERTAMA produk dari Syarikat Myhomelab akan mendapat 30 hari jaminan kepuasan bermula dari tarikh pembelian. Pelanggan yang membuat laporan selepas 30 hari dari tarikh pembelian tidak akan mendapat pulangan semula wang.
2. Pelanggan yang tidak berpuas hati dengan produk Myhomelab boleh memulangkan semula produk kepada kami (kos penghantaran tidak ditanggung) & syarikat Myhomelab akan membayar semula jumlah pembelian 100% (tidak termasuk cas penghantaran).
3. Untuk pelanggan yang membeli semula (PELANGGAN BERULANG/REPEAT BUYER) akan mendapat 7 hari jaminan produk sekiranya produk rosak (kesilapan syarikat), tamat tempoh atau salah produk bermula dari tarikh produk sampai kepada pelanggan. Syarikat akan tanggung 100% kos penghantaran semula produk & syarikat akan menghantar semula produk gantian kepada pelanggan secepat yang mungkin. Pelanggan yang membuat laporan selepas 7 hari dari tarikh penerimaan tidak akan mendapat pertukaran produk baru.
4. Syarikat tidak menanggung kerugian sekiranya produk rosak ketika dalam proses transit akibat dari pengurusan pihak penghantaran. Namun pelanggan boleh membuat laporan & kami akan sampaikan kepada pihak pengurusan penghantaran.
5. Hanya pelanggan yang membeli dari HQ atau Agent berdaftar dengan Myhomelab saja akan mendapat jaminan keseluruhan syarikat
6. Pelanggan mestilah sertakan bukti pembelian (resit/ invois) berserta maklumat pembelian seperti tarikh, nama, alamat, produk, jumlah pembelian, tarikh beli & No ID Agent (sekiranya ada) untuk proses penghantaran semula.
7. Pelanggan mestilah menghubungi dahulu Pegawai Perkhidmatan kami di [email protected]myhomelab.my  atau di +60127286339 (Sophia 8.30am- 5.30pm Isnin - Jumaat) sebelum membuat proses penghantaran semula produk dan sertakan bersama salinan laporan pemulangan produk  di dalam bungkusan produk ketika penghantaran.
8. Sekiranya pelanggan yang tidak membuat laporan terlebih dahulu dengan Pegawai Perkhidmatan kami & menghantar terus produk kepada kami, syarikat tidak menanggung risiko kehilangan produk anda & syarikat tidak akan membuat pembayaran semula pembelian anda.
9. Pelanggan yang memilih untuk pemulangan wang akan mendapat semula wang anda dalam masa 30 hari bekerja. Maklumat pemulangan wang akan dimaklumkan oleh pihak kami melalui email anda.
10. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut berkenaan produk atau syarikat anda boleh hubungi kami di [email protected]myhomelab.my  atau di +60127286339 (Sophia 8.30am- 5.30pm Isnin - Jumaat)